PETRONAS mengumumkan aspirasinya dalam mencapai sifar bersih pelepasan karbon atau net zero carbon emission menjelang 2050 sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik syarikat terhadap kelestarian, keseimbangan alam sekitar serta pertimbangan tadbir urus dan sosial.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, PETRONAS sedang memainkan peranannya dalam menyediakan akses tenaga yang berpatutan, selamat dan berterusan kepada perniagaan serta masyarakat.