Seorang lelaki warga Nigeria bertindak kejam apabila sanggup mencampak kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang juga cucu tirinya dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di Wangsa Maju. Dalam kejadian awal pagi Ahad itu, kanak-kanak tersebut maut manakala suspek mengalami kecederaan apabila bertindak terjun dari pangsapuri berkenaan ketika cuba melarikan diri.