Dalam konteks ketidaktentuan politik dan ekonomi pada 2020, bagaimana masa depan warga Palestin selepas ini?
Ini dibayangi beberapa perkembangan termasuk ketegangan antara Iran dan Israel susulan pembunuhan saintis nuklear Iran, pembaharuan dasar Amerika Syarikat bawah bakal Presiden Joe Biden dan hubungan baharu Israel bersama beberapa negara arab seperti UAE dan Bahrain.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad lalu mengadakan pertemuan rahsia bersama Putera Mahkota Arab Saudi, memberi bayangan langkah normalisasi turut bakal dijalinkan Israel bersama kuasa utama di rantau itu.
Untuk mengulas tentang perkara ini sempena Hari Antarabangsa Solidariti bersama warga Palestin hari ini, bersedia menerusi skype, Profesor Mohd Roslan Mohd Noor Profesor Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam Universiti Malaya.