Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui parti itu tidak boleh bersendirian untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan.
Sehubungan itu, jelas beliau, Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbang permohonan daripada parti politik lain yang berhasrat menyertai gabungan itu dalam masa terdekat.