Keganasan rumah tangga: Kes di Perak meningkat

2022-03-21 0

Kes keganasan rumah tangga di Perak meningkat kepada 57 kes tahun ini berbanding 36 kes tahun lalu dan 41 kes pada 2018.
Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengambil tindakan segera selepas menerima laporan melalui talian Nur Kasih.