Tun M optimis hubungan AS-China lebih positif di bawah kepimpinan Joe Biden

2022-03-21 2

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik Joe Biden sebagai pilihan rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi Presiden yang seterusnya, dan berpandangan perubahan kepimpinan itu boleh mengubah kestabilan politik di peringkat global.
Dalam program khas Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersiaran malam ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, berdasarkan perbahasan sewaktu Pemilihan Presiden baru-baru ini, beliau mendapati Biden lebih memahami tentang keadaan semasa, terutamanya mengenai pandemik COVID-19.