PKPD di beberapa taman perumahan di Kulim berkuatkuasa 27 Nov

2022-03-21 0

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,412 rumah dengan anggaran 6,000 penduduk di taman-taman perumahan di sekitar Kulim dikenakan PKPD selama 14 hari bermula 27 November hingga 10 Disember 2020.

Jelas beliau, taman perumahan yang terlibat adalah Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkung 1 dan 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau.