Kerajaan Perikatan Nasional digesa segera melakukan rundingan dengan blok pembangkang bagi meluluskan Belanjawan 2021 untuk elak kerumitan politik berpanjangan.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berpandangan, satu perjanjian bertulis perlu dibuat untuk meluluskan Belanjawan 2021 dengan syarat usul undi tidak percaya dibahaskan selepas itu.
Katanya kerajaan perlu menggunakan masa yang ada sebaiknya, sebelum sesi pengundian Belanjawan 2021 diadakan Khamis ini.