Bil tertunggak 9 bulan, Sabah Electricity laksana pemotongan bekalan

2022-03-21 1

Bermula 6 Disember, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna yang mempunyai jumlah bil tertunggak melebihi 9 bulan.
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, ir. Norhizami Abu Hasan berkata pengguna perlu menjelaskan bil elektrik mereka setiap bulan walaupun SESB tidak melaksanakan pemotongan sejak Mac 2020 ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).