Kementerian Kesihatan (KKM) disaran terlebih dahulu menyelesaikan isu prosedur operasi standard (SOP) bagi ujian calitan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) yang dihadapi oleh doktor.
Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Prof Datuk Dr M Subramaniam dalam satu kenyataan berkata ia bagi membolehkan ujian berskala besar dijalankan dengan lancar terutamanya membabitkan pekerja asing.