Impak COVID-19 terhadap ekonomi jauh lebih besar berbanding perang dagang antara Amerika Syarikat dan China. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata krisis kesihatan dan impaknya kepada ekosistem ekonomi global merupakan agenda utama kepada semua ekonomi APEC pada tahun ini.