Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pelaksanaan PKPB bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 dengan mengurangkan pergerakan masyarakat antara negeri dan daerah, serta membolehkan KKM mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam seperti saringan secara bersasar dan lain-lain.