Syor potong gaji Menteri Besar Johor, exco untuk bantu rakyat

2022-03-21 1

ADUN Kempas Datuk Osman Sapian mencadangkan agar gaji Menteri Besar Johor dan barisan exco dipotong sehingga 10 peratus sebagai langkah penjimatan ketika negara berdepan penularan COVID-19.

Menurut beliau hasil pemotongan itu boleh disalurkan untuk pelbagai kegunaan antaranya Tabung Bencana Negeri.