COVID-19: Ambil pengajaran daripada perintah darurat di Batu Sapi

2022-03-21 0

Pilihan Raya Kecil Batu Sapi tidak akan diadakan pada 5 Disember ini susulan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong di kerusi Parlimen itu.

Namun, yang sedang menanti ialah PRK di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik berikutan kematian wakil rakyatnya kelmarin.

Mengambil kira perkembangan di Batu Sapi dan lonjakan kes COVID-19 di Malaysia, persolan timbul ialah patutkah darurat dikenakan di dua kerusi DUN ini juga?

Bersedia di talian menerusi Skype membincangkan lebih lanjut perkara ini daripada aspek kesihatan awam ialah, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, UPM, Prof Madya Dr Malina Osman.