Niaga AWANI: Jho Low dakwa dia hanya pinjam wang 1MDB

2022-03-21 3

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa 'mastermind' dalam skandal 1MDB, percaya bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Malah, dia menegaskan, hanya meminjam wang daripada 1MDB.
Pengakuan Jho Low itu dibuat melalui rakaman perbualan telefon dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan didedahkan dokumentari disiarkan Al Jazeera.