Visi Pasca APEC 2020 menjadi antara dokumen penting yang sedang diperhalusi para Pegawai Kanan APEC sebelum dibawa ke Mesyuarat Menteri APEC dan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC. Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata buat ketika ini perbincangan di semua peringkat amat positif.