Sejumlah 18 penternak ikan sangkar di Kampung Gong Tepas dan Batangan, Marang mendakwa mengalami kerugian lebih 100 ribu ringgit selepas ikan yang dibela mereka mati mengejut sejak Selasa lalu.
Kematian ikan yang bernilai tinggi dari jenis kerapu hibrid, siakap putih dan siakap merah itu dipercayai akibat perubahan air dan air tidak mengalir sewaktu air surut.