Pencemaran air Kedah: Tujuh ditahan bagi bantu siasatan

2022-03-21 0

Susulan insiden pencemaran air di Loji Rawatan Air Jeniang di Sungai Petani, Kedah pada Khamis.
Polis menahan tujuh individu bagi membantu siasatan insiden tersebut semalam.
Mereka yang ditahan berumur antara 27 hingga 38 tahun, termasuk seorang kontraktor syarikat pembentungan.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air Dan Sumber Air, Tenaga, Pengairan Dan Saliran Kedah, Datuk Suraya Yaacob mengesahkan ketiga-tiga Loji Rawatan Air (LRA) yang dihenti tugas akibat insiden pencemaran itu, telah kembali beroperasi.