19 daripada 400 penduduk yang hilang di PKPD Medan 88 serah diri

2022-03-21 0

Sekurang-kurangnya 19 individu menyerah diri selepas didapati tidak pulang ke kediaman mereka ketika Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang bermula pada Khamis.
Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan perkara itu.