Bapa remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, memberitahu Mahkamah Koroner pada Khamis bahawa, beliau terdengar bunyi yang kurang jelas di chalet mereka pada lewat malam hari keluarganya tiba di The Dusun Resort pada 3 Ogos 2019.
Sebastien Quoirin, 48 tahun, bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat menggambarkan apa didengar kerana ketika itu separuh sedar setelah tertidur selepas melalui perjalanan 19 jam dari London ke Malaysia.