Tadika dan taska di zon merah boleh dibuka sekiranya diluluskan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).
Pihak operator boleh mengemukakan permohonan kepada KWKPK.
Setiap permohonan akan dinilai dengan terperinci dan keutamaan diberi kepada penjaga dalam kalangan petugas barisan hadapan.