Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, KKM telah membuat perancangan khusus untuk Sabah.
Beliau sendiri telah turun padang ke Sabah pada hujung Ogos untuk melihat pengurusan KKM menghadapi PRN Sabah. Apa yang penting katanya, pasangkan niat untuk menjalankan tugas iaitu putuskan rantaian COVID-19 dalam negara.