Negara anggota ASEAN pada Selasa menandatangani tiga Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) untuk Cuba, Colombia dan Afrika Selatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-37.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perjanjian yang disertai 43 buah negara itu menunjukkan bahawa asean masih mendapat banyak permintaan daripada negara-negara luar untuk menjalin hubungan sebagai sebuah blok.