Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu boleh dilakukan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul misalnya, menggalakkan pelabur utama dan pelancong membuat ujian saringan #COVID19 dua minggu atau 10 hari di negara asal masing-masing seterusnya apabila tiba di Malaysia buat sekali lagi ujian saringan yang difahamkan mendapat keputusan dalam tempoh empat hingga enam jam seterusnya kuarantin sehari.
Langkah itu kata beliau, hotel, syarikat, restoran boleh terus beroperasi.