450 penduduk terjejas banjir kilat

2022-03-21 0

Hujan lebat sejak tengah malam semalam hingga awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Seremban dan Rembau dilanda banjir kilat.
Kejadian itu mengakibatkan kira 450 penduduk di 11 kawasan terjejas dan menyebabkan kerosakan harta benda.
Manakala, seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Jalan Rasah dan operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan.