Ahli politik perlu ambil iktibar elak isu "double standard" - Saifuddin Abdullah

2022-03-21 0

Pemimpin dan ahli politik di negara ini perlu mengambil iktibar serta berhati-hati dalam setiap tindakan mereka bagi mengelak isu penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) double standard yang didakwa sesetengah pihak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bagaimanapun, sebagai pemimpin masyarakat, mereka seharusnya sedia menerima sebarang kritikan.