Daerah Lundu, Miri dan Limbang diisytihar berstatus kuning setelah mencatatkan kes tempatan baharu COVID-19 dalam tempoh 14 hari.
Dalam laporan terbaharu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, tujuh kes dilaporkan di miri, satu kes masing-masing di Lundu dan Limbang.
Manakala, Kuching kekal berstatus merah dengan pertambahan 7 kes baharu. Ini bermakna, 16 kes keseluruhannya dilaporkan di Sarawak pada hari ini.