Kajian yang dilakukan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) dan United Nations Population Fund (UNFPA) untuk melihat kesan COVID-19 ke atas sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah di flat kos rendah baru-baru ini, mendapati mereka mengalami kesempitan wang yang ketara dan berterusan.
Beban tanggungan juga semakin bertambah kerana pengangguran yang tinggi.