Dua Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan menerima suapan masing-masing bernilai RM25 ribu dan RM150 ribu.
Suapan itu berhubung pelantikan syarikat secara rundingan terus berkaitan perkhidmatan sengaraan dan khidmat sokongan sistem peperangan elektronik (PRISMA).