Politik negara sejak semalam menyaksikan kerjasama antara parti politik yang ada di negara ini pasca titah Yang di-Pertuan Agong bahawa darurat tidak diperlukan pada waktu ini.
Parti-parti yang ada, PPBM, UMNO-Pas dan pembangkang Pakatan Harapan senada untuk merintiskan jalan menghentikan "bermain" politik sebaliknya menumpukan usaha tangani COVID-19 dan kelulusan Belanjawan 2021.