Malaysia mencatatkan sebanyak 835 jangkitan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini ialah 28,640 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak lima kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan dalam tempatan.