Peniaga Kecil dan Sederhana atau IKS antara yang paling mengharapkan perhatian dan bantuan daripada pihak kerajaan.
Mereka bukan sahaja terkesan oleh kejatuhan ekonomi serta kemerosotan pendapatan ekoran pandemik COVID-19 malah mereka juga risau akan masa depan perniagaan mereka.