Sekiranya darurat COVID-19, ia bukanlah semata-mata untuk menangani isu keselamatan dan kesihatan tapi ia juga untuk menagani isu politik dan ekonomi.
Penganalisis Politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, ketiga-tiga perkara itu harus bergerak seiring bagi mengurangkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.
Tambah beliau, banyak perkara harus diperincikan supaya tidak wujud dalam minda rakyat bahawa bila sebut darurat, ia bermakna pengambil alihan kuasa oleh tentera.