Bermula esok sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maksimum 30 peratus pekerja sektor awam sahaja dibenarkan berada di pejabat.
Ini dilakukan sama ada secara penggiliran atau sepenuh masa agar kehadiran mereka di pejabat pada kadar minimum sepanjang tempoh PKPB dikuatkuasakan.