Kerajaan perlu menambah semua kemudahan kesihatan dan melakukan lebih banyak ujian COVID-19 di Sabah.
Pada masa sama, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, peruntukan dalam bentuk bantuan makanan perlu dipastikan tidak terjejas di negeri itu dalam menghadapi pandemik COVID-19.