Lelaki ditahan, tumbuk anggota bomba ketika bertugas

2022-03-21 3

Polis menahan seorang lelaki yang bertindak agresif menumbuk anggota bomba yang sedang bertugas di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, jam 10.40 pagi tadi (Khamis).
Kejadian berlaku ketika bomba sedang memadam kebakaran sebuah kereta yang terlibat dengan kemalangan dan suspek datang mengaku sebagai pemilik kereta.