Tindakan kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi mengikut pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melegakan pengusaha produk berasaskan sukan.
Ia sekurang-kurangnya membantu mereka mengekalkan perniagaan yang baru beransur pulih, sebaik melepasi tempoh getir pada awal penularan pandemik COVID-19.