Gabenor Wisconsin minta penyokong Trump pakai pelitup muka

2022-03-20 0

Gabenor Wisconsin , Tony Evers meminta penyokong Republikan dan Presiden Trump supaya memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika mana kes positif dan kematian akibat COVID-19 semakin meningkat di negeri itu.
Kata Evers, ini kerana Trump dijadual berada di Janesville pada Sabtu ini dalam rangka jelajah ke Wisconsin.
Antara lain, jadual Trump di negeri itu merangkumi kempen menambah dana untuk pilihan raya.
Trump juga dijangka menghadiri beberapa perhimpunan terbuka semasa berkempen di negeri berkenaan.
Presiden Amerika Syarikat itu, menggerakkan semula kempennya pada Isnin selepas selesai kuarantin di White House susulan disahkan positif COVID-19.