Kerajaan Pulau Pinang cadang laksanakan PKPD di Penjara Reman

2022-03-20 0

Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Reman dan kuarters Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang.

Ia berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan bahawa kluster Penjara Reman di Pulau Pinang pada Isnin mencatatkan 141 kes baharu COVID-19, tertumpu hanya dalam kalangan banduan.