Polis menambah dua lagi lokasi sekatan jalan raya di mukim Klang susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan itu pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli dalam kenyataan berkata lokasi tambahan itu adalah di Taman Sentosa (jalan masuk ke Perdana Villa) dan Jalan Sungai Udang, Kampung Delek bermula pukul 4 petang Ahad