Pertukaran kerajaan makan masa, proses panjang - Pakar

2022-03-20 0

Sukar untuk sebuah kerajaan yang ketika ini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri ditukar dengan mudah.
Tegas Pengamal Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, ia akan memakan masa dan melalui proses yang panjang.
Nik Ahmad Kamal yang juga pakar perlembagaan menambah, Yang di-Pertuan Agong juga perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu mengenai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.