Program tingkat kemahiran & latihan semula pekerja MAS

2022-03-20 3

Malaysia Airlines semalam umum memperkenalkan MH Edgile, program meningkatkan kemahiran dan latihan semula yang terbuka kepada lebih 2,000 pekerja yang terjejas oleh rangkaian dan kapasiti operasi yang berkurangan pada masa ini.

Syarikat induknya, Malaysia Aviation Group (MAG) berkata pekerja itu terdiri daripada juruterbang, kru kabin dan komuniti barisan hadapan yang lain.

Di talian Skype untuk ulas lanjut perkara ini adalah Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekytif Sorga Innovation Sdn Bhd, Shareen Datuk Abdul Ghani.