Walaupun empat daripada 10 orang di negara ini akan memerlukan rawatan paliatif dalam hidup mereka, namun hanya seorang yang boleh memperoleh akses kepada rawatan tersebut.
Ini disebabkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan paliatif dan hospis dan jumlah pakar masih terhad, meskipun risiko mengalami penyakit kronik dijangka meningkat tahun ini.