Hari ini Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan tiga kes positif COVID-19 dikesan di Sarawak.
Kes baharu ini masing-masing satu di daerah Kuching, Miri dan Sibu.
Dua kes dikategorikan sebagai kes import (B) manakala satu adalah penularan tempatan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 721 kes.