Seorang pesara tentera dipenjara 13 tahun serta enam sebatan selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan rogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak saudara perempuannya berusia enam tahun.
Hakim, Norma Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 48 tahun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.