Kerajaan memutuskan untuk menambah jumlah anggota dan aset bagi mempertingkatkan kawalan Op Benteng di sepanjang Pantai Timur Sabah.
Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri pada Sabtu pagi.