Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah antara perkara yang perlu diharungi dan mencabar terutama kepada mereka yang terkesan dengan pelaksanaan perintah itu.
Rakyat Malaysia bukan sahaja perlu menang melawan COVID-19, tetapi pada masa sama menang dalam membangunkan semula ekonomi pasca PKP.
Namun, apa yang lebih mencabar adalah membudayakan norma baharu dalam kehidupan seharian.