Teka teki siapa calon Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas gabungan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihanraya Negeri belum lagi terjawab. Bagi Felo Penyelidik ILHAM Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid, calon yang diangkat mengemudi kerajaan negeri itu perlu mempunyai personaliti disenangi dan diterima oleh semua lapisan rakyat serta elit politik di negeri itu.