PRN Sabah: Perlu kerjasama dan kematangan politik dalam menentukan siapa Ketua Menteri Baharu

2022-03-20 0

Ketika persoalan siapa Ketua Menteri yang baharu bakal dilantik mengemudi negeri Sabah, kematangan pemimpin politik terutama dalam gabungan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) akan menentukan sama ada kestabilan politik di negeri itu akan kukuh atau sebaliknya. Menurut Felo Penyelidik ILHAM Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid, kestabilan itu boleh diterjemahkan sekiranya kerjasama baik dijalinkan setiap parti dalam GRS.