Kehidupan yang lebih baik dan peluang pekerjaan terjamin adalah perkara yang dititikberatkan oleh pengundi muda pada PRN Sabah kali ini.
Dalam masa sama, parti politik yang berjaya membentuk kerajaan perlu menyelesaikan segala masalah politik yang berlaku kerana jika tidak selepas ini lebih banyak masalah berbangkit.